Salam Semua,
Saya bagi pihak isteri dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh penduduk Villa Bestari yang membantu bersama-sama mencari, mendoa, solat hajat, bantuan dan sokongan pelbagai cara bagi membantu mencari Ammar tempohari.
Kami amat terharu diatas sumbangan dan pengorbanan semua. Alhamdulillah satu nikmat yang Allah beri kepada kita semua adalah jiran-jiran yang perihatin kepada semua.
Ammar dijumpai di bilik abang dia di UIAM Kampus Petaling Jaya jam lebih kurang 9:40 malam. Beliau telah menaiki bas rapid KL dari UIAM Gombak ke stesen LRT Putra. Beliau menaiki LRT Putra ke Jaya Jusco Alpha Angle dan seterusnya menaiki LRT ke KLCC. Dari KLCC beliau menaiki teksi ke UIAM Petaling Jaya.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah beliau dilindungi sepanjang perjalanan tersebut. Sebagai anak yang istimewa, Ammar tak punya perasaan takut atau panik. Sewaktu kami mengambil Ammar di UIAM malam tersebut, tiada perasaan takut, gementar, panik atau risau pada wajah beliau. Beliau masih tersenyum.
Namun kami mengetahui ini bukan episod yang terakhir dalam hidup beliau. Beliau mempunyai ‘impulse’ atau ‘tendency’ untuk melakukan sesuatu tanpa dapat memikirkan risiko keselamatan. Kami mengharapkan bantuan dari warga Villa Bestari kalau melihatkan beliau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya untuk memaklumi kami dengan segera. Dalam tempoh 6 minggu ini sudah 5 kali Ammar menghilangkan diri.
Kali pertama sewaktu beliau naik basikal sejauh 15 km ke Taman Sri UKay
Kali kedua – dua hari sebelum raya beliau naik bas dan teksi dari UIAM ke Taman Sri Ukay
Kali ketiga – kehilangan beliau di Bangsar Shopping Village
Kali keempat – Taman Tasik perdana
Kalim kelima – ke UIAM PJ.
Doa dari Tuan/Puan sekelian kami akhiri dengan terima kasih.
Tuan Haji Lokman,
Telahan haji benar pada malam tersebut cumanya kami mencari ditempat yang salah. Bila haji kata asrama abang dia, kami cari hanya di asrama abang dia di Gombak bukan di PJ.
Semoga Allah memberi ganjaran besar terhadap bantuan Tuan/Puan sekelian. Inilah UJIAN dari Allah bagi kami bagi menguji hamba-hambaNya semada mereka syukur ata kufur kepada NikmatNya.
Mohammad Khuzaini Ismail
Nik Nazli Nik Ahmad
Ammar Muzakkir 48XXYY



















Recent Comments